Sunday, February 7, 2010

Skim Tabung Kebajikan Pasti

Kota Kinabalu, 6 Februari.
Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) telah mewujudkan sebuah tabung kebajikan untuk Guru, AJK, suami atau isteri ahli,ibu bapa dan pejaga pelajar Pasti.

Ia bertujuan membantu meringankan beban dan juga sebagai tanda kesyukuran kepada yang layak. Kata Ust Anuar Ali kepada guru-garu Pasti Sepanggar pada perjumpaan di pejabat Pasti Kawasan sepanggar.

Tabung kebajikan Pasti ini meliputi khairat kematian, khairat kemalangan seperti kecacatan akal dan Pelajar patah tangan atau kaki, sakit kronik sperti kanser,jantung dan sakit buah pinggang. Juga diberi jika berlaku musibah seperti kebakaran atau banjir.Kata beliau yang juga Pengarah Pasti Negeri Sabah

Menurut beliau lagi, ahli juga akan diberi jika ada yang melahirkan anak atau berkahwin di bawah skim khairat kesyukuran.

Khariat Am juga akan diberi kepada guru yang berumur 40 tahun jika bersara dan telah berkhidmat melebihi sepuluh tahun.

walaupun jumlahnya tidakla banyak iaitu diantara RM100 - RM2000, namun ia bermakna sebagai tanda terima ksih kepada ahli yang terlibat dan telah memberikan sumbangan kepada Pasti, tambahnya.

Pihak Pasti akan sentiasa menjaga kebajikan guru-guru Pasti kerana mereka adalah petugas PAS sepenuh masa. Pada pertemuan bulanan itu Ust. Anuar mengingatkan guru-guru agar sentiasa komited dengan tugas sebagai seorang guru dalam mendidik anak bangsa dan juga sentiasa menjaga amal ibadah seharian.

Pada perjumpaan itu Ust Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang guru Pasti yang ditimpa musibah pada bulan lalu, iaitu cikgu Hernawati yang juga merupakan ketua MGP Pasti Sepanggar.


0 comments:

Post a Comment