Saturday, January 16, 2010

Pasti merupakan pra sekolah terunggul di Malaysia







KOTA KINABALU, 16 Januari , Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Pantai Barat bertuah kerana dikunjungi oleh Ketua Pengarah Pasti pusat Cikgu Azrin Abd. Majid bersama beberapa orang ajk Pasti pusat. Rombongan dari pasti pusat di sambut oleh Ust Anur ali serta ajk Pasti Negeri dan Pengrus-Pengurus Pasti Kawasan.

Dalam pertemuan dengan ajk Pasti dan guru Pasti kawasan pantai barat Sabah, beliau menakankan agar para guru pasti terus menjalankan amanah sebagaimana yang dipertanggungjawapkan, kerana guru PASTI adalah nadi utama dalam meneruskan agenda Pas melalui pendidikan pra sekolah ini.

Guru Pasti adalah merupakan petugas sepenuh masa PAS kerana Pasti adalah aktiviti pendidikan di bawah PAS. Oleh yag demikian guru hendaklah sentiasa bangunkan jiwa dengan pendidikan Islam agar bekerja dalam Pasti sentiasa bersemangat dan tidak jemu-jemu mendidik para pelajar walaupun alaun yang diberi tidakla setimpal dengan tugas sebagai seorang guru pasti. Kata beliu lagi kepada 40 orang guru dari seluruh kawansan pantai barat Sabah .

Dalam penerangan lanjut berkenaan perkembangan terkini Pasti Pusat, setakat hari ini negeri Selangor adalah negeri yang paling ramai pelajar iaitu seramai 15 ribu orang diikuti oleh negeri Kelantan seramai 12,000 pelajar, kata Cikgu Azrin. Manakala negeri sabah sekitar dua ribu orang pelajar.

Sebanyak 76 ribu naskah buku teks teralah dicetak untuk kegunaan seluruh pelajar Pasti di Malaysia yang merangkumi 4 hingga 6 tahun dengan kos sebanyak RM1.2 juta.

Selain daripada silibus yang disediakan, para guru Pasti juga diharapkan agar dapat melatih pelajar pelajar menghafaz ayat-ayat al-quran sebagai satu kelebihan berbanding dengan pra sekolah yang ada.

Untuk pengetahuan umum buku teks Pasti adalah buku pra sekolah terbaik di Malaysia yang digubal oleh mereka-mereka yang mepunyai kepakaran dalam pendidikan.

Bagi meningkatkan fungsi kebajikan untuk para ajk dan guru , pihak Pasti pusat telah mewujukan skim-skim kebajikan untuk membantu para guru dan ajk pasti meringkan beban dalam menjalani kehidupan seharian, seperti berkawin, melahirkan anak dan jika ditimpah musibah.

Untuk tahun 2010 Pasti pusat telah mewujudkan kaffah (Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian, kurikulum baru untuk lepasan pelajar pasti yang akan diajar pada hujung minggu. Untuk perrmulaan ia dibuat di tujuh negeri di semannjung sahaja kerana ingin melihat sejauh mana keberkesanan dan sambutan dari pihak ibu bapa.

Menjawap soalan seorang guru , bagaimana mengekalkan guru terus mengajar di Pasti, soal tarbiyah amat penting untuk mengekalkan mereka terus bertugas dengan rasa penuh tanggungjawap.

Pihak pengurusan negeri perlu menganjurkan kerusus latihan utk guru ,agar mereka dapat mengajar dengan lebih berkesan. Tambah beliau lagi

Respon kepada pengarah PASTI Pusat , pihak pengurusan pasti negeri akan menghantar guru pasti berkursus di Pasti pusat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kata ustaz Anuar Ali pada sebelah petangnya.

Selain daripada itu selari dengan perkembangan ICT hari ini, pihak pengrusan juga akan menganjurkan kursus ICT agar dapat membantu pembelajaran dengan lebih berkesan selaian daripada menggunakan alat bantu mengajar yang sedia ada.

Yang istimewanya, di kawasan kota kinabalu terdapat sebuah Pasti yang mempunyai 11 orang bukan Islam daripada 20 orang murid iaitu Pasti Kg. Lobou, manakala sebuah lagi mempunyai 3 orang pelajar bukan Islam di Pasti Bukit Padang,

Ini membuktikan bawaha orang bukan Islam pun mengiktiraf Pasti dalam memberi pendidikan pra sekolah kepada kanak-kanak mereka di negeri ini.

0 comments:

Post a Comment