Wednesday, January 13, 2010

Tahlil Dan Solat Hajat




Alhamdulillah solat hajat dan tahlil telah dibuat setelah seminggu pemukaan PASTI AL-Amin Taman Millenium Kingfisher.

Seramai 20 pelajar telah mendaftar untuk mamasuki pra sekolah ini yang berumur antara 4-6 tahun dari kawasan sekitar Kingfisher.

Kehadiran para ibubapa pada malam itu turut memberi semangat kepada pihak pengurusan PASTI Al-amin untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar dan ibubapa sejajar dengan matlamat penubuhannya.

Pada malam itu Ust Zulfikar mengetuai solat hajat dan bacaan tahlil bersama-sama dengan Pengarah PASTI Sabah Ust Anuar Ali, ibubapa Pasti dan juga rombongan Pemuda Sepanggar yang diketui oleh Sdr. Saifudin.

Ust Anuar dalam tazkirahnya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kerana memilih Pasti untuk mendapatkan pendidikan pra sekolah untuk anak-anak mereka.

Beliau juga menekankan bahawa untuk mendapat kepercayaan dari masyarakat pihak pengurusan Pasti perlu memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menyediakan guru-guru yang terlatih dan prasana bilik darjah yang selesa kepada para pelajar.

Pra sekolah adalah peringkat umur yang paling senang dan paling berkesan untuk dibentuk, oleh yang demikian pemilihan PASTI untuk anak-anak ini adalah tepat kerana Pasti merangkumi semua bidang, kata Ust Anuar.

selain daripada mengajar kelas pra sekolah, guru Pasti Al-Amin juga telah mengajar mukaddam (iqra') seramai 6 orang kanak-kanak dewasa setakat ini pada sebelah malam.

Pihak pengurusan Pasti Al-Amin juga sedang menarik pelajar SPM untuk mengikuti kelas Tuisyen Bahasa Melayu yang akan diajar oleh seorang Guru Bahasa Melayu yang berpengalaman.

0 comments:

Post a Comment